"Menurut Arbuckle (1965), kaunseling ialah proses membantu klien melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang tidak dimilikinya, apa yang dia boleh buat dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang dia tidak boleh capai langsung."
Terdapat 4 komponen utama dalam pengurusan penasihatan murid.
- Kaunseling
- Bimbingan
- Penasihatan
1. Kaunseling
Suatu strategi yang
dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan interaksi dua hala antara
orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam
suasana yang penuh muhibah, kesedaran dan saling memahami.
Ciri-ciri
kaunseling:
1. Berfokuskan kepada masalah
2. Berbentuk arahan dan suruhan
2. Mentoring
Merupakan satu entiti yang berhubungkait dengan sub-sistem yang lain. Ia telah lama menjadi perhatian utama oleh ahli-ahli akademik dan industri sebagai satu program untuk pembangunan professional dan peribadi individu. Ia ternyata lebihn popular di kalangan guru baru. Melalui program bimbingan berstruktur berasaskan sekolah, program ini dibangunkan untuk profesionalisme Guru Baharu yang pertama kali menceburi diri dalam profesion keguruan di sekolah.
Ciri-ciri Mentoring
1. Proses pembelajaran yang aktif buat mentee dan mentor
2. Yang dipentingkan adalah perkembangan personal dan professional yang berterusan
3. Untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif
4. Bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mentee
5. Bertimbangrasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan
6. Menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.
3. Bimbingan
Suatu proses untuk membantu individu memamahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. Cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri.
Ciri-ciri Bimbingan:
1. Kegiatan bimbingan disusun menurut skala prioritas yang juga ditentukan berdasarkan kebutuhan siswa dan kemampuan petugas
2. Program dikembangkan berangsur-angsur dengan melihat semua tenaga pendidikan dalam merencanakannya
3. Program memiliki tujuan yang ideal, tetapi realistis dalam pelaksanaannya
4. Program mencerminkan komunikasi yang berkesinambungan diantara semua anggota dan staff pelaksanannya.
5. Menyediakan fasilitas yang diperlukan
4. Penasihatan
Memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat.
Ciri-ciri Penasihatan:
1. Fokus kepada masalah yang diajukan menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.
2. Memberi nasihat merupakan strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh murid tersebut
3. Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
RUMUSAN
Bimbingan, penasihhatan, dan mentoring merupakan
kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek
pembelajaran dalam kehidupan seharian. Langkah penasihatan hendaklah berbeza
mengikut setiap masalah individu yang berlainan sama ada mempunyai masalah
konflik dan matlamat tersediri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap
murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang
mengambil berat tentang mereka.
RUJUKAN
1. Ibrahim Ahmad, 2002, Perkhidmata Bimbingan Dan Kaunseling Disekolah Rendah, Percetakan Cergas Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
2. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et.al, Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, Cerdik Publications Sdn Bhd.
3. http://www.academia.edu/8008157/TEORI-TEORI_KAUNSELING
Carian tajuk lain:
Tajuk 1:TOPIK 1: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN DI SEKOLAH (husnanurul123.blogspot.com)
Tajuk 2: https://site-6339574-4639-581.mystrikingly.com/
Tajuk 3: https://fatinraymi.blogspot.com/2021/12/pengurusan-murid.html
Tajuk 4: https://pengurusanpembelajaranain.blogspot.com/2021/12/tajuk-4-pengurusan-sumber.html
Tajuk 5: https://kps3014kumpulan1.blogspot.com/
Tajuk 6: https://sazilahjaidal.blogspot.com/2021/12/pengurusan-tingkah-laku-dan-disiplin.html
Tajuk 8: https://online.flippingbook.com/view/781863207/
Tajuk 9: https://online.flippingbook.com/view/272453388/
Tajuk 10: https://nursyahmiarifin.wixsite.com/tajuk10
Tajuk 11: https://kps3014-pengurusan-alam-pembelajaran.weebly.com/