Friday, 17 December 2021

KPS 3014 - PENGURUSAN PEMBELAJARAN (E)

TAJUK 7: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

PENGENALAN
 


Pengurusan pensihatan murid terdiri daripada 4 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan, mentoring dan kaunseling. Pengurusan penasihatan murid merupakan satu objektif yang perlu dimiliki oleh setiap sekolah bagi melahirkan murid yang sentiasa terpelihara dari segi tingkah laku mereka. Dengan ini kecemerlangan murid dapat dijamin dari segi tingkah laku dan akademiknya. Penasihatan kepada pelajar sangat penting disekolah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang lebih berdisiplin sama ada dari segi tingkahlaku dan akademiknya. Bukan itu sahaja malah penasihatan juga dapat mengawal daripada berlakunya masalah disiplin yang tinggi terjadi. Sebagai contoh, masalah buli, mencuri, ponteng sekolah dan sebagainya yang kerap berlaku disekolah. Hal ini akan menerusi pengurusan yang menyeluruh, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.


"Menurut Arbuckle (1965), kaunseling ialah proses membantu klien melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang tidak dimilikinya, apa yang dia boleh buat dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang dia tidak boleh capai langsung."

 Terdapat 4 komponen utama dalam pengurusan penasihatan murid.

- Kaunseling

- Mentoring

- Bimbingan

- Penasihatan


    1. Kaunseling

Suatu strategi yang dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam suasana yang penuh muhibah, kesedaran dan saling memahami.

Ciri-ciri kaunseling:

1. Berfokuskan kepada masalah

2. Berbentuk arahan dan suruhan


2. Mentoring

Merupakan satu entiti yang berhubungkait dengan sub-sistem yang lain. Ia telah lama menjadi perhatian utama oleh ahli-ahli akademik dan industri sebagai satu program untuk pembangunan professional dan peribadi individu. Ia ternyata lebihn popular di kalangan guru baru. Melalui program bimbingan berstruktur berasaskan sekolah, program ini dibangunkan untuk profesionalisme Guru Baharu yang pertama kali menceburi diri dalam profesion keguruan di sekolah.

Ciri-ciri Mentoring

      1. Proses pembelajaran yang aktif buat mentee dan mentor

      2. Yang dipentingkan adalah perkembangan personal dan professional yang berterusan

      3. Untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif

      4. Bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mentee

      5. Bertimbangrasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan

      6. Menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.

    

     3. Bimbingan

     Suatu proses untuk membantu individu memamahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. Cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri. 

       Ciri-ciri Bimbingan:

    1. Kegiatan bimbingan disusun menurut skala prioritas yang juga ditentukan berdasarkan kebutuhan siswa dan kemampuan petugas

  2. Program dikembangkan berangsur-angsur dengan melihat semua tenaga pendidikan dalam merencanakannya

      3. Program memiliki tujuan yang ideal, tetapi realistis dalam pelaksanaannya

   4. Program mencerminkan komunikasi yang berkesinambungan diantara semua anggota dan staff pelaksanannya.

      5. Menyediakan fasilitas yang diperlukan


    4. Penasihatan

     Memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat.

     Ciri-ciri Penasihatan: 

   1. Fokus kepada masalah yang diajukan menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.

    2. Memberi nasihat merupakan strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh murid tersebut

     3. Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.


     RUMUSAN

Bimbingan, penasihhatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan seharian. Langkah penasihatan hendaklah berbeza mengikut setiap masalah individu yang berlainan sama ada mempunyai masalah konflik dan matlamat tersediri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang mereka.


RUJUKAN

1. Ibrahim Ahmad, 2002, Perkhidmata Bimbingan Dan Kaunseling Disekolah Rendah, Percetakan Cergas Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

2. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et.al, Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, Cerdik Publications Sdn Bhd.

3. http://www.academia.edu/8008157/TEORI-TEORI_KAUNSELING


Carian tajuk lain:

Tajuk 1:TOPIK 1: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN DI SEKOLAH (husnanurul123.blogspot.com)

Tajuk 2: https://site-6339574-4639-581.mystrikingly.com/

Tajuk 3: https://fatinraymi.blogspot.com/2021/12/pengurusan-murid.html

Tajuk 4: https://pengurusanpembelajaranain.blogspot.com/2021/12/tajuk-4-pengurusan-sumber.html

Tajuk 5: https://kps3014kumpulan1.blogspot.com/

Tajuk 6:  https://sazilahjaidal.blogspot.com/2021/12/pengurusan-tingkah-laku-dan-disiplin.html

Tajuk 8: https://online.flippingbook.com/view/781863207/

Tajuk 9: https://online.flippingbook.com/view/272453388/

Tajuk 10: https://nursyahmiarifin.wixsite.com/tajuk10

Tajuk 11: https://kps3014-pengurusan-alam-pembelajaran.weebly.com/

Tajuk12:https://pengurusanpembelajarannrl.blogspot.com/2021/11/bab-12-interaksi-dalam-pembelajaran_23.html?m=1



No comments:

Post a Comment

KPS 3014 - PENGURUSAN PEMBELAJARAN (E)

  TAJUK 7: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID 1 .  KPS3014: PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KUMPULAN E) (fatinsyazwani410.blogspot.com) 2.  Home | My Sit...